Friday, 2 February 2018

Karnival Dakwah Sekolah-sekolah (KDSS) KPM 2018


Sila klik di sini untuk muat turun dokumen pertandingan KDSS KPM 2018

Download secara berasingan :

1. Sila klik di sini untuk muat turun dokumen pertandingan Acara Murid Orang Asli 2018

2. Sila klik di sini untuk muat turun dokumen pertandingan Kompang Selawat 2018 

3. Sila klik di sini untuk muat turun dokumen pertandingan Seni Khat 2018


Karnival Dakwah Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan adalah program berbentuk pertandingan yang dilaksanakan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam Bahagian Pendidikan Islam KPM yang menggabungkan beberapa aktiviti yang meliputi acara dari Karnival Dakwah Murid Orang Asli Sekolah-sekolah KPM, Pertandingan Kompang Selawat dan Pertandingan Tulisan Khat.


Tarikh Cadangan : 12-14 Oktober 2018 (3 hari 2 malam)

Pengelola  : Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Tema:        “Al-Quran Asas Kesatuan Ummah Dan Kesejahteraan Negara”

Acara yang dipertandingkan:

1. Tilawah Al-Quran (Murid Orang Asli Sekolah Rendah) Lelaki & Perempuan
2. Hafazan Al-Quran (Murid Orang Asli Sekolah Rendah) Lelaki & Perempuan
3. Bercerita Kisah dari Al-Quran (Murid Orang Asli Sekolah Rendah) Lelaki & Perempuan
4. Nasyid (Murid Orang Asli Sekolah Rendah)
5. Kompang Selawat  (Sekolah Rendah)
6. Seni Khat (Sekolah Rendah & Menengah)

Friday, 12 January 2018

Video Tutorial / Panduan Pertandingan Kompang Selawat KPM (Rentak Tradisional Melayu)

 Video Tutorial Kompang Selawat KPM
klik pada gambar untuk melihat paparan video


TONTON VIDEO

Sila klik di sini untuk melihat paparan video melalui youtube.


MUAT TURUN VIDEO

1-Sila klik di sini untuk muat turun video (saiz besar).
2-Sila klik di sini untuk muat turun video (saiz sederhana).
3-Sila klik di sini untuk muat turun video (saiz kecil).


PENERANGAN:

Tutorial ini memberikan pendedahan serta panduan berkenaan Rentak Tradisional Melayu dalam Pertandingan Kompang Selawat yang dianjurkan oleh pihak KPM.

Syarat bagi lagu pertama Pertandingan Kompang Selawat mestilah bertemakan SELAWAT serta menggunakan RENTAK TRADISIONAL MELAYU sebagai irama paluan kompang mengiringi lagu tersebut.

Rentak Tradisional Melayu dalam Pertandingan Kompang Selawat merangkumi MASRI, ZAPIN, INANG, JOGET dan juga ASLI. Justeru video ini mendedahkan beberapa kaedah gabungan paluan kompang bagi membentuk irama rentak tradisional Melayu seperti yang telah ditetapkan dalam syarat pertandingan.


Thursday, 11 January 2018

Panduan Etika dan Profesionalisme Hakim Pertandingan



Tajuk
Panduan Etika dan Profesionalisme Kehakiman Aktiviti Dakwah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2018  dan hendaklah mula digunapakai bermula pada 1 Januari 2018.

Pemakaian
Panduan ini hendaklah digunapakai bagi semua aktiviti dakwah di peringkat
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Matlamat
Menjelaskan etika hakim yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas
penghakiman agar keadilan dan ketelusan dapat disepakati bersama.

Objektif
1. Pendedahan etika kehakiman secara professional.
2. Meningkatkan kualiti dan prestasi hakim.
3. Memperkembangkan potensi hakim dalam bidang kehakiman.

Tanggungjawab Unit Pendidikan Islam PPD dan Sektor Pendidikan Islam
JPN
Satu slot penerangan etika hakim hendaklah diadakan sebelum penghakiman
acara bermula.


Muat turun Panduan Etika dan Profesionalisme Hakim Pertandingan versi PDF

Muat turun Panduan Etika dan Profesionalisme Hakim Pertandingan versi Word

Muat turun Panduan Etika dan Profesionalisme Hakim Pertandingan versi Powerpoint





Buku Peraturan dan Panduan MTQSS KPM 2018