18 Oct 2018


Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia KPM Melakar sejarah buat kali pertama menganjurkan acara ini dengan 4 kategori dipertandingkan iaitu kategori sekolah rendah lelaki dan perempuan dan sekolah menengah lelaki dan perempuan. Ia berlangsung pada 13 hingga 15 Oktober 2018 di SMK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang. 64 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara ini. Tahniah kepada semua.

AHMAD DANISH AMZAR BIN AHMAD FIRDAUS (SELANGOR)
Johan Kategori Sekolah Menengah Lelaki


IZZAH AFIFAH BINTI ANUAR  (TERENGGANU)
Johan Kategori Sekolah Menengah Perempuan

FAUZAN HANIS BIN MOHD ROSLIZAT (SELANGOR)
Johan Kategori Sekolah Rendah Lelaki

NUR IZZATUL HANAN BT NOR SHAHARIZAL (SELANGOR)
Johan Kategori Sekolah Rendah Perempuan


PERTANDINGAN : KHAT SEKOLAH RENDAH [LELAKI]

JOHAN FAUZAN HANIS BIN MOHD ROSLIZAT SELANGOR 93%
KEDUA HAMDULLAH B ABD RAHMAN         JOHOR 91%
KETIGA ABDUL WAFI B ABDUL AMIR                 SABAH 86%


PERTANDINGAN :  KHAT SEKOLAH RENDAH  [PEREMPUAN]

JOHAN NUR IZZATUL HANAN BT NOR SHAHARIZAL SELANGOR 92%
KEDUA NUR LIYANA ALIAH BT MOHD FAISAL         JOHOR 90%
KETIGA IRDINA SYAMIMI BINTI MOHD NIZAM                  KEDAH 82%



PERTANDINGAN : KHAT SEKOLAH MENENGAH [LELAKI]

JOHAN AHMAD DANISH AMZAR BIN AHMAD FIRDAUS SELANGOR 93%
KEDUA MUHAMMAD ZAKWAN  B JALALUDDIN                 JOHOR         91%
KETIGA LUQMAN B ZAINORASHEEKIN                                 MELAKA 85%


PERTANDINGAN :  KHAT SEKOLAH MENENGAH  [PEREMPUAN]

JOHAN IZZAH AFIFAH BINTI ANUAR                  TERENGGANU 90%
KEDUA NURAQILAH BINTI HAPIZI                  SELANGOR         89%
KETIGA NUR MAWADDAH BINTI MOKHTAR PULAU PINANG 85%

2 Feb 2018


Sila klik di sini untuk muat turun dokumen pertandingan KDSS KPM 2018

Download secara berasingan :

1. Sila klik di sini untuk muat turun dokumen pertandingan Acara Murid Orang Asli 2018

2. Sila klik di sini untuk muat turun dokumen pertandingan Kompang Selawat 2018 

3. Sila klik di sini untuk muat turun dokumen pertandingan Seni Khat 2018


Karnival Dakwah Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan adalah program berbentuk pertandingan yang dilaksanakan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam Bahagian Pendidikan Islam KPM yang menggabungkan beberapa aktiviti yang meliputi acara dari Karnival Dakwah Murid Orang Asli Sekolah-sekolah KPM, Pertandingan Kompang Selawat dan Pertandingan Tulisan Khat.


Tarikh Cadangan : 12-14 Oktober 2018 (3 hari 2 malam)

Pengelola  : Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Tema:        “Al-Quran Asas Kesatuan Ummah Dan Kesejahteraan Negara”

Acara yang dipertandingkan:

1. Tilawah Al-Quran (Murid Orang Asli Sekolah Rendah) Lelaki & Perempuan
2. Hafazan Al-Quran (Murid Orang Asli Sekolah Rendah) Lelaki & Perempuan
3. Bercerita Kisah dari Al-Quran (Murid Orang Asli Sekolah Rendah) Lelaki & Perempuan
4. Nasyid (Murid Orang Asli Sekolah Rendah)
5. Kompang Selawat  (Sekolah Rendah)
6. Seni Khat (Sekolah Rendah & Menengah)

12 Jan 2018

 Video Tutorial Kompang Selawat KPM
klik pada gambar untuk melihat paparan video


TONTON VIDEO

Sila klik di sini untuk melihat paparan video melalui youtube.


PENERANGAN:

Tutorial ini memberikan pendedahan serta panduan berkenaan Rentak Tradisional Melayu dalam Pertandingan Kompang Selawat yang dianjurkan oleh pihak KPM.

Syarat bagi lagu pertama Pertandingan Kompang Selawat mestilah bertemakan SELAWAT serta menggunakan RENTAK TRADISIONAL MELAYU sebagai irama paluan kompang mengiringi lagu tersebut.

Rentak Tradisional Melayu dalam Pertandingan Kompang Selawat merangkumi MASRI, ZAPIN, INANG, JOGET dan juga ASLI. Justeru video ini mendedahkan beberapa kaedah gabungan paluan kompang bagi membentuk irama rentak tradisional Melayu seperti yang telah ditetapkan dalam syarat pertandingan.